Aug 11, 2012

Anak kecintaan Nabi.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 

(Hadis riwayat Ahmad) 

Alhamdulillah selesai sudah program Ziarah Ramadhan ke rumah anak-anak yatim di Sik yang berakhir pada 12 tengah hari tadi.Pilu dan sebak apabila anak-anak kesayangan Rasulullah ini bersalaman dan memeluk dengan linangan air mata.Allahu Allah..Mula-mula kedatanganku dan sahabat-sahabat yang lain ,aku memberi tanggapan anak-anak ini amat mewah dengan sumbangan orang ramai kerana bilik tidur mereka begitu selesa dan persekitaran sungguh menyenangkan mata.Aku fikirkan,mereka ini tidak peduli akan kedatangan kami disebabkan mereka tidak putus-putus menerima sumbangan pihak yang prihatin.Bayangkanlah,sewaktu kami mula-mula sampai,sudah ada pembahagian zakat dan sumbangan makanan pada malam hari pertama kami sampai di situ.Sebahagian dari mereka juga ada menerima undangan nasyid pihak-pihak tertentu.Dan aku terus menyangka dan terus menyangka,mereka sudah lengkap serba serbi.Tawa riang mereka melengkapkan lagi sangkaanku.Mereka bermain,melukis,melakukan segala aktiviti dengan senang hati.Nakal dan memprotes tetap ada.Sudah namanya anak-anak..


Namun aku tersentak apabila tiba saat kami mahu berangkat pulang.Deraian air mata anak-anak ini melesetkan sangkaanku.Hampir ke semua anak-anak ini menangis hatta yang sudah 17 tahun umurnya.Yang aku ingat,dia sangat nakal dan nyaring suaranya memprotes sesuatu yang tidak memuaskan hatinya.Aku terkesima.Rupanya aku gagal mendalami jauh dari sudut hati mereka.Riang mereka pun,masih ada satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.Rasa ditinggalkan dan kehilangan amat perit dan sukar untuk diluahkan dan dikongsi bersama.Tidak semua hati memahami mereka.Aku cuba berfikir dan mendalami perasaan seorang anak yang menangis dalam pelukanku.Aku baru mengenali dia dalam satu slot.Itu pun tidak sampai 1o minit namun dia begitu manja denganku juga sahabat-sahabat yang lain.Tatkala berpisah tadi,dia menangis.Apabila aku bertanya sebabnya,dia kata tidak tahu mengapa dia berasa sangat sebak.Aku mempelajari sesuatu pada hari ini daripada anak tadi.Bahawa kasih sayang tiada ukuran jarak atau sempadan namun hati yang merasainya.Tidak perlu diungkap dan dibicarakan,tidak perlu dibuktikan namun hanya hati yang memahami adalah hati yang begitu suci.Tidak diikat dengan faktor kepentingan,jauh sekali ukurannya dengan material dunia.Aku tidak memberinya sesuatu apa pun material namun hanya senyum dan bertaaruf dengannya sedetik cuma.Namun kuasa ukhuwah itu,bagaikan telah mengenalinya bertahun lamanya..Insyaallah kak akan datang lagi adik,jika nyawa masih dikandung badan,jika Allah mentakdirkan ada jodoh antara kita lagi.Semoga jumpa lagi,adik-adik tersayang di rumah Gemilang,Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam (ADIK) dan khususnya adik Siti Nor Syakila..~




 Bersama adik Syakila


 Tekun mendengar adik-adik kita ni..


 Sesi taaruf bersama urusetia dan fasilitator









 Senaman Si...apa?tommy kan..Senaman si Tommy..




Tekunnya adik kita ni...buat apa tu dik


No comments: