Aug 11, 2012

Anak kecintaan Nabi.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 

(Hadis riwayat Ahmad) 

Alhamdulillah selesai sudah program Ziarah Ramadhan ke rumah anak-anak yatim di Sik yang berakhir pada 12 tengah hari tadi.Pilu dan sebak apabila anak-anak kesayangan Rasulullah ini bersalaman dan memeluk dengan linangan air mata.Allahu Allah..Mula-mula kedatanganku dan sahabat-sahabat yang lain ,aku memberi tanggapan anak-anak ini amat mewah dengan sumbangan orang ramai kerana bilik tidur mereka begitu selesa dan persekitaran sungguh menyenangkan mata.Aku fikirkan,mereka ini tidak peduli akan kedatangan kami disebabkan mereka tidak putus-putus menerima sumbangan pihak yang prihatin.Bayangkanlah,sewaktu kami mula-mula sampai,sudah ada pembahagian zakat dan sumbangan makanan pada malam hari pertama kami sampai di situ.Sebahagian dari mereka juga ada menerima undangan nasyid pihak-pihak tertentu.Dan aku terus menyangka dan terus menyangka,mereka sudah lengkap serba serbi.Tawa riang mereka melengkapkan lagi sangkaanku.Mereka bermain,melukis,melakukan segala aktiviti dengan senang hati.Nakal dan memprotes tetap ada.Sudah namanya anak-anak..


Namun aku tersentak apabila tiba saat kami mahu berangkat pulang.Deraian air mata anak-anak ini melesetkan sangkaanku.Hampir ke semua anak-anak ini menangis hatta yang sudah 17 tahun umurnya.Yang aku ingat,dia sangat nakal dan nyaring suaranya memprotes sesuatu yang tidak memuaskan hatinya.Aku terkesima.Rupanya aku gagal mendalami jauh dari sudut hati mereka.Riang mereka pun,masih ada satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.Rasa ditinggalkan dan kehilangan amat perit dan sukar untuk diluahkan dan dikongsi bersama.Tidak semua hati memahami mereka.Aku cuba berfikir dan mendalami perasaan seorang anak yang menangis dalam pelukanku.Aku baru mengenali dia dalam satu slot.Itu pun tidak sampai 1o minit namun dia begitu manja denganku juga sahabat-sahabat yang lain.Tatkala berpisah tadi,dia menangis.Apabila aku bertanya sebabnya,dia kata tidak tahu mengapa dia berasa sangat sebak.Aku mempelajari sesuatu pada hari ini daripada anak tadi.Bahawa kasih sayang tiada ukuran jarak atau sempadan namun hati yang merasainya.Tidak perlu diungkap dan dibicarakan,tidak perlu dibuktikan namun hanya hati yang memahami adalah hati yang begitu suci.Tidak diikat dengan faktor kepentingan,jauh sekali ukurannya dengan material dunia.Aku tidak memberinya sesuatu apa pun material namun hanya senyum dan bertaaruf dengannya sedetik cuma.Namun kuasa ukhuwah itu,bagaikan telah mengenalinya bertahun lamanya..Insyaallah kak akan datang lagi adik,jika nyawa masih dikandung badan,jika Allah mentakdirkan ada jodoh antara kita lagi.Semoga jumpa lagi,adik-adik tersayang di rumah Gemilang,Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam (ADIK) dan khususnya adik Siti Nor Syakila..~




 Bersama adik Syakila


 Tekun mendengar adik-adik kita ni..


 Sesi taaruf bersama urusetia dan fasilitator









 Senaman Si...apa?tommy kan..Senaman si Tommy..




Tekunnya adik kita ni...buat apa tu dik


Jul 30, 2012

Air Mata dan Darah Saudara Seakidah

Aku rasa terpanggil untuk menyelongkar kisah suadara seislam kita di Burma.Apa yang aku dapat :
Terkini dari Burma :-

1- 52 ribu umat Islam disembelih dalam masa hanya 6 minggu.2- 22 buah masjid dibakar, sebahagiannya dibakar bersama dengan jemaah ketika menunaikan solat.3- 60 buah kampung Islam dibakar.4- Wanita dirogol sampai mati.5- Jenazah umat Islam tidak dibenarkan di ambil dan dikebumikan, mereka akan humban dalam laut atau dibiarkan hingga di baham anjing-anjing.6- Kedai-kedai makan tidak dibenarkan menjual makanan kepada umat Islam.7- Sesiapa yang betulkan kembali masjid yang dibakar akan dihumban dalam penjara.


Dalam sibuk kita berbazar,membeli belah baju raya yang pelbagai dan kuih raya yang beraneka rasa,seharusnya kita peka dengan saudara kita yang menderita di sana.Sekurang-kurangnya kita perlu mengingati dan mendoakan mereka setiap saat.Mereka tetap saudara kita walau berbeza benua kerana kita telah diikat dengan kalimah tertinggi..kalimah tauhid.Doakan mereka,aku rayu padamu teman!


                                              Video Penindasan Muslim Rohingya Burma

Jul 29, 2012

RedhaMu ku berharap..


Ya Quds....

Masih banyak janjiku padaMu tidak ku tunaikan..

Beri aku kekuatan..

Untuk ku terus berada di jalan dakwahMU..

Ya Rabb..

beri aku secebis semangat..

dalam mendalami lautan ilmuMU..

Sesungguhnya aku hambaMU yg hina..

TanpaMU,aku tiada berharga..

TanpaMU,aku tiada nilainya..

Anugerah akal untukku akan ku gunakan sebaiknya..

Ya Allah..

Saat aku teresak mengharap redhaMU..

Aku pinta dengan rasa hina..asyik meminta2..

berilah aku secebis keampunan..rahmat dan sayangMU..

Ya Allah Ya Tuhanku..ampuni aku..

Dec 21, 2011

Aku dan Hujan

Tatkala fajar menyinsing,ku menyingkap jendela kamarku.Langit kelihatan mendung.Awan bagaikan tidak sabar-sabar lagi meluahkan isinya.Hujan turun pagi ini.Ku lihat rintik-rintik hujan jatuh ke atas daun dan mengalir ke bawah.Sangat cantik.Pemandangan terindah.Daun-daun pokok bagaikan menari-nari mengikut rentak rintik hujan.Matahari di kaki langit serba salah untuk muncul kerana rintik hujan terus menerus membasahi bumi.Guruh kedengaran sekali sekala.Walaupun hujan masih turun,kenderaan masih sesak di jalan raya.Mungkin ada pemandu hatinya rasa sakit kerana aku terdengar hon bertalu-talu.Aduh,sabarlah sikit.Hujan itu kan rahmat.Beberapa pejalan kaki dan penunggang motor yang berteduh di bawah bangsal ku lihat berbual sesama sendiri.Entah apa yang dibualkan,tak mungkinlah aku dapat dengar.Entahkan merungut atau berta’aruf.Mungkinkah?Ku lihat rakan-rakan di kamar ada yang gembira melihat hujan turun namun ada juga yang berkira-kira mahu ke kelas atau tidak dek kerana hujan yang masih belum berhenti.Ada juga yang masih beradu kerana suasana ketika hujan turun begitu nyaman dan bau basah tanah yang begitu menyegarkan emosiku.Peliknya aku?Hehe.Hujan masih belum berhenti walaupun tinta dan ideaku sudah tiada untuk menulis lagi.Hujan begitu indah.Mempunyai 1001 cerita.Tanda sayang kepada hambaNya yang berfikir .Bersyukurlah..^-^


Firman Allah S.W.T dr kitab Al-Quran yg mulia:

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira".Surah Ar-Rum ayat 48.

Hei masalah,aku punya tuhan yang Maha Besar!


“Apa hal pulak motor nie?Dah la bangun lewat hari ini,motor pulak buat hal,aku dah lewat nak gi kolej ni!”
“Hadui,susah hati betul.Nak belajar takde duit.Nak keje,keje pun takde.Lepak kat rumah,mak pulak membebel,ish..leceh betul la!”
“Apasal la si A ni.Apalah yang dia tak puas hati dengan aku?Bile tanye,diam.Depan aku nampak pendiam tapi belakang rancak cerita keburukan aku..hish,geram betul!”
   Masalah masalah masalah.
Tak pernah habis-habis dalam hidup kita.
Selepas satu,satu kemudian datang lagi.
Kita selalu mengeluh apabila datang masalah tapi jarang kita berfikir sebaliknya.
Mungkin Allah sengaja datangkan masalah pada kita untuk mendengar rintihan hambaNya?.
Bukankah kita akan berkata “Ya Allah,susah nya,beratnya dugaanMu”apabila teringatkan masalah yang dihadapi?Ya kan?
Jangan fikir kita berseorangan di dunia menghadapi masalah yang pelbagai tetapi semua orang menghadapinya.
Si kaya bermasalah dengan kerisauan pada wangnya
Si miskin pula penat memikirkan kemelaratan hidupnya
Si pelajar sibuk memikirkan jadual kuliahnya
Si pekerja susah hati memikirkan gajinya yang tidak naik-naik
Begitu juga pemimpin negara,kalut memikirkan kesusahan rakyatnya
Bukankah setiap manusia mempunyai ceriteria masalahnya tersendiri?
Jadi,jangan tewas dalam masalah..Apabila berhadapan dengan masalah,hadapi dengan akal fikiran yang tenang dan penyelesaian yang logik.
Lihatlah air yang mengalir di sungai.Walaupun kekadang disekat laluannya dengan ranting yang hanyut atau batu,ia tetap mencari jalan keluar untuk terus mengalir.Begitu juga kita.Jadikan diri kita sebagai air yang mengalir yang terus menerus mencari jalan keluar dari disekat oleh masalah yang terkadang dicipta oleh kita sendiri.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”
(Surah al-Imran ayat 139)
Jadi,jangan takut dan jangan bersedih..Allah bersamamu..^-^