Dec 21, 2011

Aku dan Hujan

Tatkala fajar menyinsing,ku menyingkap jendela kamarku.Langit kelihatan mendung.Awan bagaikan tidak sabar-sabar lagi meluahkan isinya.Hujan turun pagi ini.Ku lihat rintik-rintik hujan jatuh ke atas daun dan mengalir ke bawah.Sangat cantik.Pemandangan terindah.Daun-daun pokok bagaikan menari-nari mengikut rentak rintik hujan.Matahari di kaki langit serba salah untuk muncul kerana rintik hujan terus menerus membasahi bumi.Guruh kedengaran sekali sekala.Walaupun hujan masih turun,kenderaan masih sesak di jalan raya.Mungkin ada pemandu hatinya rasa sakit kerana aku terdengar hon bertalu-talu.Aduh,sabarlah sikit.Hujan itu kan rahmat.Beberapa pejalan kaki dan penunggang motor yang berteduh di bawah bangsal ku lihat berbual sesama sendiri.Entah apa yang dibualkan,tak mungkinlah aku dapat dengar.Entahkan merungut atau berta’aruf.Mungkinkah?Ku lihat rakan-rakan di kamar ada yang gembira melihat hujan turun namun ada juga yang berkira-kira mahu ke kelas atau tidak dek kerana hujan yang masih belum berhenti.Ada juga yang masih beradu kerana suasana ketika hujan turun begitu nyaman dan bau basah tanah yang begitu menyegarkan emosiku.Peliknya aku?Hehe.Hujan masih belum berhenti walaupun tinta dan ideaku sudah tiada untuk menulis lagi.Hujan begitu indah.Mempunyai 1001 cerita.Tanda sayang kepada hambaNya yang berfikir .Bersyukurlah..^-^


Firman Allah S.W.T dr kitab Al-Quran yg mulia:

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira".Surah Ar-Rum ayat 48.

No comments: